Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun Surau Al-Falah (CIMB): 1201 0000 2382 08 dan Kafa Al-Falah (CIMB): 12010004503208

24 January 2013

Kafa Al Falah melangkah ke tahun ke-2: Menyumbanglah untuk dana akhirat anda!


Alhamdulillah Kafa Al Falah di bawah kendalian Surau Al Falah sudah mula berkembang. Daripada hanya 25 pelajar pada tahun lalu, kini (tahun 2013), jumlah pelajarnya sudah ada peningkatan. Sehingga kini,  ada lebih 40 pelajar sudah mendaftar. Dan insya-ALlah, ia makin bertambah dari masa ke masa.

Atas kesedaran ingin memberi yang terbaik kepada para pelajar dalam keadaan prasarana  Surau yang serba kekurangan, maka pihak pengurusan dan AJK Kafa dan Surau AL Falah memohon jasa baik daripada para dermawan di seluruh negara akan dapat menghulurkan sumbang berupa wang, barangan atau apa saja keperluan yang diperlukan oleh pihak sekolah dan surau seperti kipas angin, meja, kerusi, karpet dan sebagainya.


Kami berdoa agar setiap ringgit yang anda ikhlas sumbangkan itu akan dikira sebagai amal jariah yang hasilkan akan anda tuai berganda-ganda di Akhirat kelak.

Kafa AL Falah (CIMB): 12010004503208
Surau AL Falah (CIMB): 12010000238208

 Sebarang pertanyaan hubungi:
Ustaz Haji Ahmad Muhammad (Pengerusi Surau): 017-2518621
Zamri Esal (bendahari surau): 016-3708575
  
"Menyumbang di kala sesuatu golongan itu amat memerlukan bantuan kita, takkan sama nilainya di sisi Allah masa kita menyumbang di kala mereka sudah 'berpada dengan apa yang ada'. Oleh itu, menyumbanglah di kala  Kafa dan Surau AL Falah amat memerlukan bantuan anda semua."

Berikut adalah suasana Kafa Al Falah yang sedang ditambah baik.

Gambar Atas & Bawah: Ruangan beranda luar surau (bahagian kiri dan kanan surau) dijadikan kelas untuk pelajar.
Suasana dalam kelas
Gambar Atas: Ruang tanpa bumbung (sebelah bilik air) akan ditutup untuk dijadi kelas tambahan. Gambar bawah: Ia bagi menggantikan ruangan kelas yang sebelum ini adalah ruangan untuk aktiviti jemaah wanita (belakang ruang solat wanita).
 
 
Kerja-kerja menyiapkan ruang untuk kelas tambahan dan lain-lain peralatan pelajar termasuk rak kasut, white board dan sebagainya (Gambar atas dan bawah).
Antara sumbangan daripada para dermawan; kerusi (atas) dan meja (bawah).

No comments:

Post a Comment