Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun Surau Al-Falah (CIMB): 1201 0000 2382 08 dan Kafa Al-Falah (CIMB): 12010004503208

16 August 2012

Salam Aidil Fitri 1433H


Pengerusi dan AJK Surau Al Falah mengucapkan salam Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat, teristimewa kepada seluruh warga Seksyen 8 Kota Puteri.

Moga diharap ibadah yang telah kita jalani selama sebulan ini dikira sebagai pengabdian kita kepada Allah SWT.

Kepada semua warga yang akan beraya di kampung halaman, kami berdoakan keselamatan perjalanan anda semua. Pandu cermat, perjalanan selamat.

Insyaallah, bagi warga yang tidak pulang atau pulang lewat, dijemput juga hadir berjemaah di surau pada malam raya, kerana kita akan melakukan amalan "baraan" iaitu berziarah sambil bertakbir dari rumah ke rumah selepas solat Isyak.

Manakala SOLAT AIDIL FITRI pula akan diadakan pada pagi hari raya pertama mulai jam 8.30 pagi.


No comments:

Post a Comment