Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun Surau Al-Falah (CIMB): 1201 0000 2382 08 dan Kafa Al-Falah (CIMB): 12010004503208

30 July 2011

Ramadan Al Mubarak

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada seluruh kaum mulismin dan muslimat, khususnya kepada anggota keluarga Kota Puteri.

Marilah kita meriahkan bulan mega ibadah ini dengan melakukan ibadah puasa, solat malam, membaca al quran dan pelbagai lagi kebaikan, sesuai dengan sabda Rasulullah saw:

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. - Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

** Selamat berpuasa daripada seluruh Pengerusi dan AJK Surau Al Falah, Kota Puteri.

Teks Seterusnya

No comments:

Post a Comment