16 August 2012
Salam Aidil Fitri 1433H
Pengerusi dan AJK Surau Al Falah mengucapkan salam Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat, teristimewa kepada seluruh warga Seksyen 8 Kota Puteri.
Moga diharap ibadah yang telah kita jalani selama sebulan ini dikira sebagai pengabdian kita kepada Allah SWT.
Kepada semua warga yang akan beraya di kampung halaman, kami berdoakan keselamatan perjalanan anda semua. Pandu cermat, perjalanan selamat.
Insyaallah, bagi warga yang tidak pulang atau pulang lewat, dijemput juga hadir berjemaah di surau pada malam raya, kerana kita akan melakukan amalan "baraan" iaitu berziarah sambil bertakbir dari rumah ke rumah selepas solat Isyak.
Manakala SOLAT AIDIL FITRI pula akan diadakan pada pagi hari raya pertama mulai jam 8.30 pagi.
29 July 2012
Taqwim Ramadan 1433/2012
22 Julai/ Ahad: Ustaz Zulhakimi Daner – Tazkirah Ramadan
29 Julai/ Ahad: Ustaz Wahab Sakrani – Kuliah Subuh
Ustaz Hishamuddin Ismail– Tazkirah Ramadan
5 Ogos: Ustaz Ridwan Hamid – Tazkirah Ramadan
6 Ogos: Qiamullail (bermula jam 3 pagi)
12 Ogos: Ustaz Aminullah– Tazkirah Ramadan
16 Ogos: Majlis penyampaian sumbangan dan khatam al-Quran
Setiap petang Ahad: Majlis berbuka puasa di surau.
Setiap malam (selepas tarawih): Jamuan moreh
Setiap malam (selepas tarawih): Tadarus al-Quran (pelajar KAFA Al-Falah)
Kaunter pembayaran zakat pada: 5, 12 dan 16 Ogos (selepas tarawih)
Lawatan wakil PKNS: 5 Ogos (majlis berbuka puasa)
22 February 2012
Ceramah Maulidur Rasul 2
PROGRAM
Ceramah Maulidur Rasul kali ke-2
TARIKH
1 Mac 2012 / Khamis Malam Jumaat / Lepas Maghrib
LOKASI
Surau Al Falah, Sect 8 Kota Puteri.
PENCERAMAH
Ustaz Halim Din (LZS)
TAJUK
Mengapa Kita Perlu Mencintai Rasulullah?

06 January 2012
Kafa Integrasi AL Falah
Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga cita-cita kita untuk memiliki sebuah sekolah agama rendah untuk anak-anak di Kota Puteri.
Tanggal 4 Januari 2012, bermulalah Kafa Integrasi Al-Falah, Kota Puteri apabila seramai 25 pelajar sekolah rendah mendaftar sebagai kumpulan pertamanya.
Kafa Integrasi Al Falah diketuai oleh Ustaz Muhammad Ar Rahman selaku pengetua pertamanya. Kafa ini terletak di bawah pengawasan dan kelulusan JAIS.
Kafa Integrasi Al Falah amat memerlukan bantuan berupa wang ringgit, barangan dan sebagainya. Sehubungan itu, kepada para dermawan, dan orang perseorangan yang ingin menyumbang derma, boleh terus salurkannya ke akaun surau:
CIMB (Surau Al-Falah) - 1201 0000 2382 08.
Atau boleh berhubung terus dengan:
1. Ustaz Ahmad Muhammad (Pengerusi Surau): 017-2518621
2. Sdr Zamri (bendahari surau):
3. Ustaz Muhammad Ar Rahman (Kafa AlFalah): 012-2182050
Jadilah orang yang awal menyumbang dan memakmur agama-Nya. Ini kerana Islam amat mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong menolong, hormat menghormati antara satu sama lain.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2:
"Hendaklah kamu bantu membantu dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam hala melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain."
Ketahuilah, memberi bantuan, derma atau sedekah, sama dalam bentu harta, tenaga atau doa kepada individu atau mana-mana usaha agama di kala mereka masih di peringkat awal dan amat memerlukan bantuan orang lain, nilai pahalanya amat besar di sisi Allah, berbanding kita membantu atau menyokong di kala sudah mereka sudah berjaya.
Sebelum memiliki bangunan sendiri, Kafa Integrasi Al Falah ini membuka kelas-kelas sementara di bahagian kiri dan kanan bangunan surau.

Subscribe to:
Posts (Atom)